Tuesday, 3 April 2012

Salam Perkenalan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP PSAS)

,


JPP merupakan sebuah badan induk kepada semua kegiatan dan aktiviti pelajar. JPP ditubuhkan selaras dengan status PSAS sebagai sebuah IPT. Jawatankuasa ini tertakluk di bawah Akta 174 (Akta Institusi Pelajaran Tatatertib). Fungsinya meliputi bidang-bidang sosial, disiplin, kebajikan dan sebahagian ko-kurikulum. JPP mempunyai cogan kata iaitu:

“BERILMU, BERDISIPLIN, BERSEDIA”

Di mana objektif utama penubuhannya ialah:

1.     Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. 

2.     Membantu pelajar mendapat kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan yang sediaada di Politeknik.

3.     Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. 

4.     Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

JPP ditadbir secara langsung oleh satu Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 14 orang atau lebih Ahli Jawatankuasa. Jawatankuasa ini dibantu oleh wakil-wakil JPP setiap jabatan. Pemilihan ahli Jawatankuasa ini dibuat pada setiap semester. Akan tetapi, mulai dari sesi Januari 2010, Ahli Jawatankuasa telah dipilih melalui pilihanraya yang diadakan kepada semmua pelajar. Semua pelajar PSAS layak menjadi exco kecuali pelajar semester 1 dan 5 integrasi. Para pelajar dibenarkan untuk mengundi akan siapa yang layak untuk memastikan JPP diteruskan dengan jayanya.
                JPP bertanggungjawab dalam mengendalikan beberapa program ilmiah dan ko-kurikulum. Semua program ini akan dijalankan oleh sama ada JPP induk, kelab atau persatuan, unit sukan dan badan beruniform yang tertentu. Para pelajar layak unutk menyertai semua program ini dengan mematuhi syarat-syarat penyertaan yang digariskan.


0 comments to “Salam Perkenalan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP PSAS)”

Post a Comment