Friday 31 August 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan & Janji Tepati

,
Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 31 Ogos 2012 bertempat di Stadium Nasional,Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Dato'Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Read more →

Karnival Kenali Kelab PSAS 2012

,
Satu program dibawah Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) dan kelab-kelab psas yang lain iaitu Jawatankuasa Kolej Kediaman(JPKK),Kelab Sahabat Perpustakaan(KSP),Kumpulan Latihan Kelana Malaysia(KLKM),Rakan Pusat Islam(RAPI),Pebimbing Rakan Siswa Politeknik(PRSP),Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM),E-Club & Kelab Kebudayaan Tarian di Politeknik Sultan Azlan Shah.Program ini telah dijalankan pada 28 Ogos 2012, masa 4.00 petang- 11.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna PSAS.Program ini juga telah dirasmikan oleh En.Nizam Azmal bin Abdul malek iaitu Timbalan Pengarah Sokongan Politeknik Sultan Azlan Shah.Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP)ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.
Read more →

Monday 13 August 2012

Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk & Program Keceriaan Pusat Islam

,
Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk adalah program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP)dan Program Keceriaan Pusat Islam adalah dibawah anjuran Rakan Pusat Islam(RAPI).Program ini telah dijalankan pada hari Ahad 12 Ogos 2012 bertempat di Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah dan untuk makluman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PSAS(JPP)dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman(JPKK)dan Rakan Pusat Islam(RAPI).Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Read more →

Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Institusi Pengajian Tinggi

,
Program Berbuka Puasa telah diadakan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 di Istana Iskandariah ,Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan.
Read more →

Program Bakti Siswa & Singgah Sahur

,
Program Bakti Siswa anjuran Pebimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Rakan Pusat Islam (Rapi)dan Persatuan Pengakap.Program ini telah dijalankan pada 10-11 Ogos 2012 bertempat di Pondok Tahfiz Ar-Ridwaniah Bagan Serai,Perak.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti khidmat masyarakat serta aktiviti kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Read more →

Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Program Pengambilan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Barakah sebagai Anak Angkat PSAS

,
Program ini telah berlangsung di Politeknik Sultan Azlan Shah pada 10 Ogos 2012 bersamaan 21 ramadhan 1443 Hijrah dan program tersebut dirasmikan oleh Mejar(K) Hj.Mohd Noor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik bertempat di Perkarangan Pusat Islam PSAS
Read more →

Tuesday 7 August 2012

Program Perjumpaan Majlis Tertinggi Kelab & Persatuan Bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

,
Sesi perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan mengenai program yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar iaitu program BUBUR LAMBUK dan KARNIVAL KELAB dan PERSATUAN yang akan diadakan pada 9 Ogos 2012,pada jam 5.15 p.m. bertempat di BILIK JAWATANKUASA PERAWAKILAN PELAJAR.
Read more →

Wednesday 1 August 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri

,
Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor di Seri Perdana,Putrajaya pada 27 julai 2012
Read more →