Sunday 20 January 2013

Program Suntikan Percuma Pelalian Kanser Serviks

,
Pada 19 Januari 2013, JPP PSAS dengan kerjasama LPPKN Tg. Malim telah melaksanakan program suntikan percuma pelalian Kanser Serviks, bertempat di Dewan Serbaguna PSAS. Untuk maklumat para rakan PSAS semua Kanser serviks ini disebabkan oleh sejenis virus yang diberi nama Human Papilloma. Berdasarkan pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak. (lahir bermula tahun 1993-1996).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat mahupun secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program ini. Untuk makluman kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil suntikan pertama ini, suntikan kedua akan dilaksanakan pada 23 Februari 2013 juga di Dewan Serbaguna PSAS. Bagi pelajar yang layak dan belum mengambil suntikan pertama, sila ke Klinik LPPKN yang terdekat, atau juga di Klinik LPPKN Tg. Malim.

Peta Lokasi Klinik LPPKN Tanjong Malim







































Read more →

Tuesday 15 January 2013

Serahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Program Derma Darah 1M4U

,
Sukacita dimaklumkan, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Program Derma Darah 1M4U telah pun berjaya dilaksanakan pada 12 Januari 2013, bertempat di dewan serbaguna PSAS. Bagi pelajar yang tidak dapat mengambil kad diskaun pada tarikh yang telah ditetapkan. , anda boleh menuntut kad diskaun anda di HEP pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Sila klik di sini. Bagi pelajar yang berminat untuk menderma darah tetapi tidak berkesempatan pada program yang telah berlangsung pada 12 Januari 2013, satu lagi program derma darah akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Berikut dilampirkan beberapa gambar program. Jutaan terima kasih ucapkan kepada semua AJK dan pihak-pihak yang telah banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung.























































































































Read more →