Sunday 22 April 2012

Penyerahan Akaun Buku Tabung Haji

,


Mohon perhatian kepada semua pelajar PSAS yang pernah membuka akaun tabung haji melalui kaunter tabung haji yang telah dijalankan oleh tabung Haji cawangan Tanjung Malim di PSAS, sila ambil buku akaun tabung haji anda di pejabat HEP.
Read more →

Tuesday 17 April 2012

PIMPIN 2012

,
Adalah dimaklumkan HEP PSAS akan menganjurkan program kepimpinan dan 'team building' (PIMPIN 2012) untuk para pimpinan pelajar PSAS. Program di cadangkan pada 4-6 Mei 2012 (4 hb ptg bertolak), di Bakagruv Kg. Resort, Morib, Selangor. Sasaran program ini adalah barisan pimpinan JPP PSAS dan pimpinan kelab-kelab yang bernaung di bawah JPP PSAS. Tujuan utama adalah untuk mengumpulkan barisan pimpinan pelajar yang terdiri dari JPP dan kelab-kelab yang berdaftar di PSAS untuk saling mengenali dan memupuk kerjasama diantara mereka. Diharap para penasihat kelab dapat mencadangkan dua (2) orang barisan pimpinan kelab dibawah tuan/puan untuk menyertai program ini, dan melengkapkan e-borang yang telah di sediakan oleh admin blog. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
(Perkara bertanda * adalah wajib di isi)

Untuk makluman, e-borang telah pun ditutup. Harap maklum.










Read more →

Monday 16 April 2012

Kenali Pimpinan JPP PSAS sesi Dis 2011

,
Dalam kesibukan di akhir semester, sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir, kuiz, ujian dan tugasan, JPP mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan akhir. Disini JPP PSAS ingin memperkenalkan barisan pimpinan JPP PSAS, semoga rakan-rakan pelajar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengenali kami. Di sertakan juga direktori setiap pimpinan PSAS, bagi memudahkan capaian pelajar terhadap pimpinan baru JPP PSAS sesi Dis 2011. Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar.


Direktori Pimpinan JPP PSAS
Sekiranya tidak dapat view file, sila klik disini.

EXCO JPP 2012_2
Read more →

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 3/2012

,
KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SIRI 3/2012 BAGI ANGGOTA BARU PASUKAN  ASKAR WATANIAH MALAYSIA


Gambar Hiasan

Tahniah diucapkan kerana secara rasminya telah dipilih menjadi anggota Askar Wataniah Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa anggota seperti di Lampiran 1 dikehendaki menghadiri kursus seperti yang tersebut di atas. Kursus tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh    : 21 Mei 2012 hingga 19 Jun 2012 (1 bulan)
Tempat   : Rejimen 503 Askar Wataniah, Ipoh, Perak.

Sehubungan itu, kepada anggota yang berkenaan diminta berkumpul pada :

Tarikh     : 21 Mei 2012 (Isnin)
Masa       : 8.00 pagi
Tempat   : Markas Kompeni D (rumah kuning bersebelahan padang bola PSAS)

Gaji Perajurit Muda sebanyak RM 916.00 akan dibayar sepanjang tempoh menjalani latihan asas ketenteraan tersebut.

Sila bawa bersama peralatan-peralatan semasa kursus seperti berikut :

1.
Baju kemeja – 2 helai


2.
Seluar slack warna gelap – 2 helai


3.
Seluar track suit warna gelap – 2 helai


4.
Baju t-shirt – 2 helai


5.
Kasut sukan – 1 pasang


6.
Kasut kulit bertumit – 1 pasang


7.
Stokin putih – 1 pasang


8.
Baju melayu lengkap, sampin &songkok


9.
Telekong (utk wanita)


10.
Tali pinggang


11.
Tuala mandi warna gelap


12.
Alat mandi :

-    Sabun mandi

-       Berus gigi & ubat gigi

-       Ubat

-       Pisau cukur

-       Loshen

-       Berus sabut & sabun cuci
13.
Alat tambahan :

-                            Parang

-                            Berus kasut & kiwi

-                            Lampu picit


Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi :

-  Kapt Mohamed Hamdan Abdullah – 0195739882
-  Lt Zahiran Hamzah – 0135026252
-  LtM Mohamad Rani Md. Zin – 0125416386
-  L/kpl Yazid Osman – 0195614513

Lampiran 1 adalah seperti di bawah :


Sekiranya anda menggunakan talian internet yang dibekalkan oleh PSAS, kemungkinan anda tidak   
dapat view Lampiran 1, untuk membolehkan anda view file tersebut, klik disini
Lampiran 1- pjm
Read more →

Sunday 15 April 2012

Tutorial menggunakan e-Aduan JPP PSAS

,
JPP PSAS telah melancarkan e-Aduan uuntuk kegunaan para pelajar menyuarakan aduan terutamanya tentang kebajikan dan aktiviti. Berikut disediakan tutorial ringkas untuk menggunakan e-Aduan JPP PSAS.

Klik ke pautan E-ADUAN (ditandakan bulat merah). Klik gambar untuk mendapatkan paparan lebih jelas.


Seterusnya, lengkapkan maklumat diri pelajar, seperti rajah di bawah.




Setelah semua ruangan telah di isi, klik Submit Form, dan paparan seperti di bawah akan keluar, kemudian klik pada continue.


Maklumat yang di isi dihantar terus ke ke e-mail JPP PSAS dan akan di ambil maklum oleh admin blog JPP PSAS. 

 Kemudian, klik semula pada Continue, dan anda akan di sambungkan kembali ke web blog JPP PSAS. 
Segala maklumat diri dan aduan anda adalah rahsia dan tidak dipaparkan kepada umum. Terima kasih
Read more →

Gerakan sumbangan kilat JPP

,
Sama ada kita semua sedar atau tidak, salah seorang rakan kita, Nurdiyana Nadirah binti Daud, dari Jabatan Kejuruteraan Awam, serta keluarganya telah kehilangan harta benda dalam satu kebakaran yang telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Oleh itu, JPP telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu kutipan tabung kilat yang telah di laksanakan 2 minggu yang lalu. Tabung derma kilat ini telah dilaksanakan di semua jabatan induk dan mendapat sambutan yang amat baik, sekali gus menunjukkan keprihatinan semua warga PSAS.

Pn. Aishah Sheikh Abu bakar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar menyampaikan kutipan derma kepada sdri. Nurdiyana Nadirah binti Daud, diiringi Yang Dipertua JPP PSAS sdr. Muhamad Arif bin Shafei

Justeru, satu majlis ringkas bagi menyampaikan sumbangan derma semua warga PSAS telah dilaksanakan pada 10 April 2012 yang lalu. Kepada semua warga PSAS baik pelajar mahupun staf yang ingin membantu/menyumbangkan sumbangan dalam apa jua bentuk, boleh terus berjumpa dengan pelajar tersebut ataupun melalui Yang Di Pertua JPP PSAS sdr. Muhamad Arif bin Shafei.
Read more →

Tuesday 10 April 2012

Kursus Asas Fotografi Anjuran JPP PSAS

,
Pada 7 April 2012, JPP PSAS telah menganjurkan kursus fotografi. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas-asas dalam fotografi, tetapan kamera fungsi-fungsi yang ada pada sesuatu kamera serta teknik-teknik mengambil gambar. Seramai 60 orang peserta terlibat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kursus ini telah dilaksanakan di dewan kuliah Jabatan Perdagangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Perdagangan dan pensyarah diatas kebenaran menggunakan kemudahan Dewan Kuliah JP. Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa dan peserta diatas segala kerjasama yang telah di berikan.

Peserta Kursus Fotografi

Teknik itu penting

Bersama penceramah Kursus Fotografi
Read more →

Tuesday 3 April 2012

Salam Perkenalan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP PSAS)

,


JPP merupakan sebuah badan induk kepada semua kegiatan dan aktiviti pelajar. JPP ditubuhkan selaras dengan status PSAS sebagai sebuah IPT. Jawatankuasa ini tertakluk di bawah Akta 174 (Akta Institusi Pelajaran Tatatertib). Fungsinya meliputi bidang-bidang sosial, disiplin, kebajikan dan sebahagian ko-kurikulum. JPP mempunyai cogan kata iaitu:

“BERILMU, BERDISIPLIN, BERSEDIA”

Di mana objektif utama penubuhannya ialah:

1.     Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. 

2.     Membantu pelajar mendapat kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan yang sediaada di Politeknik.

3.     Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. 

4.     Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

JPP ditadbir secara langsung oleh satu Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 14 orang atau lebih Ahli Jawatankuasa. Jawatankuasa ini dibantu oleh wakil-wakil JPP setiap jabatan. Pemilihan ahli Jawatankuasa ini dibuat pada setiap semester. Akan tetapi, mulai dari sesi Januari 2010, Ahli Jawatankuasa telah dipilih melalui pilihanraya yang diadakan kepada semmua pelajar. Semua pelajar PSAS layak menjadi exco kecuali pelajar semester 1 dan 5 integrasi. Para pelajar dibenarkan untuk mengundi akan siapa yang layak untuk memastikan JPP diteruskan dengan jayanya.
                JPP bertanggungjawab dalam mengendalikan beberapa program ilmiah dan ko-kurikulum. Semua program ini akan dijalankan oleh sama ada JPP induk, kelab atau persatuan, unit sukan dan badan beruniform yang tertentu. Para pelajar layak unutk menyertai semua program ini dengan mematuhi syarat-syarat penyertaan yang digariskan.


Read more →